Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
zaman (kata nama)
1. Bersinonim dengan jangka masa: tempoh masa, era,

2. Bersinonim dengan kala: ketika, waktu, masa,

Kata Terbitan : berzaman-zaman, berzaman, zaman-berzaman,

Puisi
 

Zaman dahulu kereta lembu,
     Zaman sekarang kereta kuda;
Harap tuan memberitahu,
     Apa maksudnya kita bercinta?


Lihat selanjutnya...(13)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
sirat Ibjenis cawat yang digunakan oleh golongan lelaki Iban pada zaman dahulu.Selepas itu isteri Irang teringat kepada sirat suaminya yang diperbuat daripada kain hitam sepanjang lima depa, sebagai sesuatu yang boleh digunakan untuk menyelamatkan diri dan bayinya. Seterusnya sirat itu dihulurkannya ke bawah dan hujung yang sebelah diikatnya kuat-kuat pada lantai. Melalui satu lubang di tengah bilik dia turun dengan menyusuri sirat yang telah diikatkan sambil mendukung erat bayinya.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tungkawir Kdsejenis alat muzik tradisional yang mempunyai kaitan dengan adat resam memburu binatang pada zaman dahulu. Ia diperbuat daripada satu ruas buluh yang dipotong dibelah/potong sehingga pertengahannya. Cara membunyikannya ialah dengan menepuk pada tangan.Oleh itu, jika ia terdengar bunyi ini, ia harus mengambil Tungkawir dan memukulnya pada telapak tangan. Bunyi Tungkawir akan melawan bunyi serangga tadi dipercayai ini akan menolak bala yang bakal menimpa pemburu tersebut.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mongingindapu Kdmembeli dan menjual.Mengikut ayah, hanya datuknya sahaja yang mongingindapu gong pada zaman dahulu. Mongingindapu bererti berniaga membeli dan menjual gong. Dia akan turun ke Sondot (Tuaran) untuk membeli gong daripada orangĀ­orang Sama (Bajau) dengan cara menukarkan kerbau dengan gong dan membawanya ke Sokid (Tambunan) untuk dijual kepada orangorang kampung di situ.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tangkob Kd, MSbtempat menyimpan padi yang diperbuat daripada kulit kayu.Mengikut cerita ayah, Tongkubung merupakan pengganti gong. Pada zaman dahulu, ia dibawa oleh Bobolian bersama-sama dengan alat muzik Taburi dan Pumpuak ke gebuk padi atau Tangkob semasa melakukan upacara memberi makan dan minum kepada Bambarayon.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ketebung Ibsejenis gendang berbentuk panjang yang dibuat daripada rumbang dan kulit.Memang sudah menjadi amalan di kalangan orang Iban pada zaman dahulu untuk anak-anak yang baru hendak meningkat dewasa belajar memukul ketebung dan gendang serta menghasilkan irama yang disebut gendang pampat.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gendang pampat Ibsejenis irama yang dihasilkan oleh paluan tujuh biji ketebung iaitu sejenis gendang.Memang sudah menjadi amalan di kalangan orang Iban pada zaman dahulu untuk anak-anak yang baru hendak meningkat dewasa belajar memukul ketebung dan gendang serta menghasilkan irama yang disebut gendang pampat.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ruanti Kd Kjmakhluk halus.Dan bilik-bilik perempuan itu pun semuanya tertutup kecuali yang bilik ketujuh kerana perempuan yang ketujuh telah pun disumpah oleh orang-orang Ruanti (makhluk halus) pada zaman dahulu.Membaca Mitos dan Legenda KadazandusunGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
unduk ngadau MSbRatu cantik sempena Pesta Keamaatan.Aku berfikir sambil mata terus memandang ke atas pentas melihat para peserta seorang demi seorang bergaya untuk menarik perhatian para juri yang menilai kecantikan, pakaian dan penampilan. Aku perlu menulis tentang tujuan perayaan Pesta Menuai ini diadakan, perbezaan perayaan Unduk Ngadau zaman dahulu dan sekarang, dan bagaimana pertandingan Ratu Kaamatan sudah jauh penyimpang dari tujuan asalnya.Jejaka IdamanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pauh laba Ibsejenis pauh yang disebut dalam dongeng cerita Iban sahaja yang tumbuh di pusaran air.PADA suatu masa dahulu ada seorang lelaki bernama Jelenggai. Pada zaman itu orang yang memperolehi buah pauh laba menganggap dirinya amat bertuah. Pauh laba ini tumbuh di pusat air di lautan.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas