Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[zu] | زو

Definisi : kawasan (taman) tempat berbagai-bagai jenis binatang dipelihara utk dilihat oleh orang ramai, taman haiwan, kebun binatang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[zu] | زو

Definisi : /zu/ tempat (taman) berbagai-bagai jenis binatang dipelihara utk dilihat oleh orang ramai; kebun binatang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata zoo


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ZOO

Zoo ialah tempat haiwan liar dijaga dan

dipamerkan. Kebanyakan zoo yang besar

mempamerkan mamalia, burung, reptilia, dan

amfibia dari serata dunia.

UMUM 
MONYET RHESUS

Monyet Rhesus ialah monyet yang terkenal

kerana ia berguna dalam penyelidikan perubatan

dan gelagat. Ia juga adalah satu daripada monyet

yang paling popular dipamerkan di zoo.

Penyelidikan tentang monyet Rhesus membawa

kepada penemuan faktor Rh, iaitu bahan dalam

sel darah merah kebanyakan manusia (lihat Faktor

Rh). Ahli sains menamakan bahan ini sempena

nama monyet ini.

UMUM 
TARPAN

Tarpan ialah kuda liar yang hidup di hutan di

Eropah dan di steppe di Rusia. Tarpan telah pupus

sejak tahun 1800-an. Ahli sains percaya bahawa

mereka telah membiakkan baka kuda yang sama

seperti kuda dari hutan Eropah yang asal. Ahli sains

ini menjalankan kerja mereka di Zoo Hellabrunn di

Munich, Jerman. Mereka telah mencipta proses

pembiakan baka semula yang menghasilkan seekor

kuda kecil pada tahun 1950-an yang kelihatan

seperti tarpan purba.

Lihat juga Kuda (Kuda liar); Kuda Przewalski.

UMUM 
BUCK, FRANK

Buck, Frank (1884–1950), pengumpul hidupan

liar Amerika. Dia mengelilingi dunia mencari

binatang untuk zoo dan sarkas.

UMUM 

Kembali ke atas