Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ẓu.hur] | ظهر

Definisi : Ar 1. = waktu ~ waktu tergelincir matahari ke arah barat hingga bayang-bayang kayu dsb sama panjang dgn kayu dsb yg menjadi pengukurnya; 2. = sembahyang ~ sembahyang fardu pd waktu zuhur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ẓu.hur] | ظهر

Definisi : , = waktu ~ waktu tergelincir matahari sehingga awal petang (lebih kurang antara pukul 1.15 hingga pukul 4.00 petang). sembahyang ~ sembahyang fardu pd waktu zuhur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata zuhur


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ejaan yang betul untuk waktu zuhur atau waktu Zuhur?Ejaan yang betul ialah "waktu zuhur".Istilah22.04.2015
Salam sejahtera, Apakah maksud simbol ® dalam daftar kata dalam PRPM? Contoh ®zuhur. Terima kasih. NH Azizan - Vavtes Studio -Pada naskhah bercetak Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) tanda yang digunakan ialah tanda anak panah yang apabila data daripada kamus tersebut dimasukkan ke dalam PRPM, tanda itu menjadi ®. 

Tanda anak panah bererti lihat. Tanda tersebut bermaksud pengguna bahasa perlu merujuk kata yang disarankan (biasanya ejaan yang standard/baku).

Contoh:
zohor ® zuhur.

Terdapat penggunaan kata zohor oleh masyarakat yang sepatutnya dieja zuhur. Maklumat mengenai makna kata tersebut juga berada pada entri yang dirujuk, iaitu zuhur.

zuhur [ẓu.hur] ظهر
Definisi : Ar 1. = waktu ~ waktu tergelincir matahari ke arah barat hingga bayang-bayang kayu dsb sama panjang dgn kayu dsb yg menjadi pengukurnya; 2. = sembahyang ~ sembahyang fardu pd waktu zuhur
Lain-lain22.11.2023
salam sejahtera..saya dapati terdapat perbezaan jawapan yang diberi oleh pihak tuan yang menyebabkan sedikit kekeliruan..soalan mengenai ejaan yang betul bagi perkataan 'zohor' atau 'zuhur'. Pada 22.4.2015, pihak encik mengatakan ejaan yang betul ialah zuhur tetapi pada 18.12.2015 ejaan yang betul ialah zohor. yang sebenarnya manakah ejaan yang betul. sekian.Dalam kamus, terdapat kedua-dua ejaan.  Jika dilihat pada entri "zohor" akan diberi arahan supaya melihat kepada ejaan "zuhur".  Jadi ejaan yang paling tepat ialah "zuhur"Ejaan16.06.2016
Saya ingin mengetahui apakah ejaan untuk solat zuhur, asar, maghrib, isyak dan subuh perlu menggunakan huruf besar seperti nama khas atau huruf kecil. Sekian. Terima kasih.Perkataan subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak ditulis dengan huruf kecil.Tatabahasa08.07.2013
1.Hanya sedikit murid yang tidak menunaikan solat zuhur. 2. Bekalan elektrik yang terputus meyebabkan seluruh peserta kursus menggelabah. Soalan saya : Salahkah penggunaan kata bilangan tak tentu dalam ayat-ayat di atas (sedikit & seluruh)? Jika ya, harap dapat diberikan alasan. Terima kasih.1. Hanya sedikit murid yang tidak menunaikan solat zuhur.
2. Bekalan elektrik yang terputus menyebabkan semua peserta kursus menggelabah.

Sedikit dan seluruh merupakan kata bilangan yang tergolong dalam kata kuantiti. Kata kuantiti adalah kata kardinal yang jumlahnya tidak semuanya nyata.

sedikit, beberapa = jumlah yang tidak banyak tetapi lebih daripada satu.
seluruh = kata kuantiti yang berkaitan erat dengan tempat ( Contoh; Seluruh masyarakat turut bergabung).
semua = jumlah banyak.


Sila rujuk Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima Asmah Haji Omar untuk rujukan lanjut.
Tatabahasa04.02.2013
Syha Yumisyha Assalamualaikum Tuan/Puan/Cik DBP. Saya Seyha. Boleh saya pastikan daripada tuan, ejaan yang betul untuk : air mata @ airmata subuh @ Subuh zohor @ zuhur Terima kasih daun keladi.Ejaan yang betul bagi ketiga-tiga perkataan tersebut dieja dengan huruf kecil sekiranya bukan pada permulaan ayat, iaitu (1) air mata; (2) subuh dan (3) zuhurEjaan28.04.2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang kerelevanan penggunaan huruf kecil dan besar yang digunakan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat. Mengapakah istilah keagamaan seperti hari kiamat, syurga, neraka, lailatulqadar, subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak (saya hanya namakan sebahagian, sedangkan terdapat lebih banyak perkataan lain lagi) yang dieja dengan huruf kecil? Sedangkan hari Buruh, Gawai serta Hell, Heaven, Apocalypse, Halloween (dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan) dieja dengan huruf besar? Bukankah istilah keagamaan yang saya namakan tadi dianggap khusus dan sangat besar maknanya dalam isu keagamaan? Mengapakah hari yang darjatnya tidak setinggi hari kiamat, syurga, neraka, lailatulqadar dan sebagainya itu dieja dengan huruf besar tetapi perkataan yang kritikal seperti istilah tersebut digunakan huruf kecil?Pihak kami mengambil maklum atas pandangan puan dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil  dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Pihak kami mendapatkan pandangan daripada pihak yang berkenaan dan akan menjawap pertanyaan puan dalam masa terdekat. Terima kasih atas kepekaan puan dalam tatabahasa bahasa Melayu.Tatabahasa19.08.2019
mana satu betul, Dato' Seri Najib atau Datuk Seri Najib, apapun atau apa pun, sepertimana atau seperti mana, Orang Asli atau orang asli, Tan Sri atau Tan Seri, Allah SWT atau Allah S.W.T. , pribumi atau peribumi, bumiputera b huruf besar atau kecil, ada kala atau adakala, senjakala atau senja kala, kerap kali atau kerapkali, Tunku ARahman Putra Al-Haj atau al-Haj, Alor Setar atau Alor Star, hub atau hab, titik tolak ada - atau tiada, perihatin atau prihatin, sembahyang Zohor, zohor atau Zuhur, mentua atau mertua,

Jawapan yang betul ialah 1. Dato' Sri Najib. 2. apa pun. 3. seperti mana. 4. orang Asli. 5. Tan Sri. 6. Allah SWT. 7. peribumi. 8. bumiputera. 9. adakala. 10. senjakala. 11. kerapkali. 12. Tunku Abdul Rahman Putra al-haj 13. Alor Star. 14. hab. 15. Titik tolak bermaksud perkara yang menjadi bahan atau yang digunakan untuk membuka perbincangan (huraian dll) tentang sesuatu; sesuatu yang menjadi dorongan untuk permulaan bagi sesuatu (usaha, kegiatan dll). 16. prihatin. 17. sembahyang zuhur.

Lain-lain02.09.2010
1) Dia membatalkan hasratnya untuk menunaikan 'Solat Subuh' atau 'solat Subuh' di masjid. 2) Saya ingin bertanya makna 'triggered' bagi dua konteks ayat ini. "Abang ingatkan adik 'triggered' pasal Mak Long dera kita dulu" dan "Adik dah lama lupa tentang Mak Long melainkan tiba-tiba adik kena pukul balik. Tu mungkin boleh jadi PTSD adik 'triggered' semula.”
1.   Waktu solat merupakan kata nama am dan dieja dengan huruf kecil sekiranya bukan pada permulaan ayat. Contohnya solat subuh, solat zuhur, solat asar, solat maghrib dan solat isyak. 

2. Mengikut Kamus  Inggeris-Melayu Dewan, perkataan "trigger" membawa maksud "mencetuskan". Perkataan ini boleh digunakan mengikut konteks dan situasi yang sesuai, salah satunya ialah "menjadi marah".
Tatabahasa08.12.2020
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Depa ialah salah satu unit ukuran panjang. 2. Plat nombor keretanya hanya satu digit sahaja. 3. Penganut agama itu memuja tuhan yang esa. 4. Had umur minimum bagi pemandu kereta ialah tujuh belas tahun. 5. Encik Abu menjadi imam semasa bersembahyang. 6. Permukaan dinding itu mula kopak. 7. Adakah "juru" dan "kilo" tergolong dalam imbuhan pinjaman? Jika tidak, apakah golongan kata bagi perkataan yang terdiri daripada juru dan kilo? Terima kasih.1. Depa ialah ukuran panjang antara kedua-dua hujung tangan yang didepangkan.
2. Plat nombor keretanya hanya satu digit sahaja.
3. Penganut agama itu memuja tuhan yang esa.
4. Had umur minimum bagi pemandu kereta ialah tujuh belas tahun.
5. Encik Abu menjadi imam sembahyang zuhur.
6. Permukaan dinding itu mula terkopak.
7. Juru ialah awalan asing, manakala kilo ialah ringkasan kilogram dan kilometer dan bukan awalan asing.
Tatabahasa29.01.2013

Kembali ke atas