Tesaurus
menurunkan (kata kerja)
1. Bersinonim dengan membawa turun: menarik turun, menjatuhkan, merendahkan;
Berantonim dengan menaikkan;

2. Bersinonim dengan menyuruh turun: mengeluarkan dari kenderaan;

3. Dalam konteks harga:
bersinonim dengan : mengurangkan, merendahkan, menyusutkan merosotkan, melesetkan;
Berantonim dengan menaikkan;

4. Dalam konteks suara:
bersinonim dengan : merendahkan, memperlahankan, mengecilkan, mengurangkan;
Berantonim dengan menguatkan;

5. Bersinonim dengan memindahkan: mewariskan, meninggalkan kepada;

6. Bersinonim dengan mendatangkan: mewahyukan, mengilhamkan, mentanzilkan;

7. Bersinonim dengan menggugurkan: menjatuhkan, menyebabkan turun;

8. Bersinonim dengan melunturkan: memudarkan, menghilangkan, mengubah;