[ber.ki.sar] | برکيسر
Definisi : 1. berputar, berpusing (bkn roda, angin, dll); 2. berpindah, beralih, bertukar (tempat): duduknya sudah ~, tidak lagi menghala tingkap; 3. beredar di sekitar sesuatu perkara (bkn perbualan, perbincangan, dll), bertumpu (berpusat) pd: cerita Kamal itu kebanyakannya ~ pd kampung halamannya; perbualan mereka ~ pd kisah darurat; duduk ~ tegak berpaling prb, Mn tidak menepati janji atau kata-kata yg telah dibuat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ber.ki.sar] | برکيسر
Definisi : 1 berpusing (spt putaran roda); berputar. 2 beralih tempat duduk; berpindah: Dia tidak ~ dr tempat duduknya. 3 ki beredar di sekitar sesuatu kawasan atau sesuatu perkara: Rancangan kemajuan itu tidak hanya ~ di kawasan bandar. Perbincangan itu ~ pd hal-hal pelajaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)