[ber.la.rian] | برلارين
Definisi : ark 1. berlari atau berkejar tidak tentu hala: maka gemparlah orang ~ ke sana sini; 2. dlm keadaan berlari-lari: semua dayang dan inang pengasuh datang ~ meniarap serta menangis di kakinya; kedua-dua anaknya berlari-larian datang mendapatkan dia; 3. berlari, berjalan cepat-cepat: berjalan pun berlari-larian sahaja kerana hari hampir petang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ber.la.rian] | برلارين
Definisi : berkejar dan berlari dgn tidak tentu hala; dlm keadaan berlari-lari: Orang ramai telah gempar lalu ~ ke sana ke mari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)