[ber.pa.ling] | برڤاليڠ
Definisi : 1. mengubah arah muka ke kiri (ke kanan, ke belakang): ia ~ ke arah pemuda itu; 2. ki beralih atau bertukar (perhatian, pandangan, dll): tiba masanya kita ~ kpd soal lain; 3. ki berubah atau bertukar pegangan (fikiran, kesetiaan, dll), berbelot, membelot; ~ haluan a) beralih (berubah) haluan; b) berubah (beralih) pandangan dll; ~ sembah sl derhaka, tidak setia (kpd sultan dll); ~ tadah beralih atau bertukar kesetiaan (pegangan dll); roda yg ~, kuda sudah digerindin prb kelihatan sahaja senang hidupnya, tetapi yg sebenarnya susah; tegak ~, duduk berkisar prb berubah (berlainan) drpd apa yg telah dikatakan atau dijanjikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ber.pa.ling] | برڤاليڠ
Definisi : mengubah arah muka ke kiri, ke kanan atau ke belakang; bergerak menghadap ke arah lain: Sambil berjalan itu, ia ~ ke kiri dan ke kanan. ~ haluan a. bertukar haluan. b. berubah fikiran dll. ~ sembah tidak setia kpd sultan. ~ tadah berubah kesetiaan dan menyebelahi musuh; belot. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)