[ber.pang.kat] | برڤڠکت
Definisi : 1. mempunyai (memegang) pangkat: ketika itu suaminya bekerja menjadi S.C. tidak ~ apa-apa; sekarang ia ~ kapten; 2. mempunyai darjat (kedudukan) tinggi, bangsawan: di sekelilingnya dilihatnya orang tua-tua dan orang besar-besar yg ~ belaka; 3. berkedudukan tertentu dlm pertalian keluarga: dia mesti menziarahi ibu keluarganya kerana kewajibannya sbg orang ~ tua dlm puaknya; pulai ~ naik, manusia ~ turun prb manusia mati mestilah meninggalkan nama dan perbuatan yg baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ber.pang.kat] | برڤڠکت
Definisi : 1 mempunyai darjat atau martabat: Mereka orang ~, masakan hendak bergaul dgn kita. 2 berkedudukan (dlm jawatan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)