[ber.se.ma.di] | برسمادي
Definisi : 1. mengheningkan cipta dan memusatkan fikiran: sedang ia ber-semadi di gua Hira’ tiba-tiba datang seorang yg tidak dikenalinya dan memberi salam kepadanya; 2. ki kekal: perasaannya sudah masuk ke otaknya dan ~ di situ; di situlah rupanya ~ Raja dan Rani dewa dewi per-cintaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ber.se.ma.di] | برسمادي
Definisi : 1 duduk diam serta memusatkan segenap fikiran; mengheningkan cipta. 2 kekal: Biarlah kenangan itu ~ dlm ingatanku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)