[ber.se.ma.ra/] | برسمارق
Definisi : 1. berseri, bercahaya, gilang-gemilang: lampu-lampu neon bersemarak gilang-gemilang menerangi seluruh kota; 2. ki mulia, megah, meriah, gembira, dll: malam semakin ~, pasangan-pasangan menari terus; sejak itu ~lah nama Pak Wir dan ~ pula nama jawatannya; 3. bertambah besar, berkembang, menjadi-jadi: sbg api itulah ~ cintanya kepadaku; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ber.se.ma.ra/] | برسمارق
Definisi : 1 berseri; gilang-gemilang: Bandar Kuala Lumpur ~ dgn hiasan lampu berwarna-warni. 2 ki kian berkembang (mulia, masyhur dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)