[ber.ta.rung] | برتاروڠ
Definisi : 1. berlanggar, berhantuk; 2. berkelahi, berlaga, berperang, bertempur, dll: sesudah ~ dgn raksasa dan Raja Lembu, kipas sakti itu diperolehnya juga; 3. berlawan (dlm perlawanan sukan dll), bertanding: ramai pelumba motosikal yg terkemuka dr Jepun akan ~ utk merebut piala kejohanan tersebut; 4. sl berbantah, berdebat: kedua-duanya ~ di hadapan hakim; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ber.ta.rung] | برتاروڠ
Definisi : 1 berlanggar atau berhantuk dgn sesuatu (bkn kereta dll). 2 bertanding dlm sukan dll; beradu: Beberapa orang peserta yg handal akan ~ dlm pertandingan itu. 3 bergaduh; berkelahi; berperang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)