[bun.tang] | بونتڠ
Definisi : 1. terbeliak, terbuka luas-luas (bkn mata): ~ matanya memandang dgn rasa penuh curiga; 2. ki tinggal sia-sia, terlantar, terbiar: ladang dan tanam-tanaman mereka ditinggalkan ~ sahaja kerana lari ke tempat lain; membuntang 1. = berbuntang, terbuntang terbuka luas-luas, terbeliak (mata): matanya terbuntang tiada terkelip; 2. terapung-apung di air (bkn ikan dll);membuntangkan 1. membuka luas-luas (mata), membeliakkan; 2. membentangkan; 3. mengapungkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[bun.tang] | بونتڠ
Definisi : Mn bangkai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[bun.tang] | بونتڠ
Definisi : bahagian drpd perkakas tenun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[bun.tang] | بونتڠ
Definisi : terbuka luas-luas (ttg mata); terbeliak. membuntang 1 terbeliak (ttg mata). 2 timbul atau terapung di atas air (ttg ikan mati). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)