[ceng.kam] | چڠکم
Definisi : 1. pegangan (genggaman) dgn kuku atau cakar, cengkeraman: ia tidak dapat melepaskan dirinya drpd ~ beruang itu; Mawi menguatkan ~ tangannya pd rambut Zaini; 2. kekuasaan yg menindas, (memeras, menekan, menyebabkan penderitaan, dsb): seluruh rakyat telah menderita sewaktu dlm ~ Jepun; hasil program kawalan penyakit 1978, kanak-kanak bebas drpd ~ cirit-birit; mencengkam 1. memegang kuat-kuat dgn kuku (cakar), mencengkeram: rambut anaknya itu dicengkamnya lalu ditariknya; 2. mengapit (menyepit), mencantumkan kain dll (dgn menjahit); 3. ki menguasai (memeras, menindas): perjuangan sekarang adalah utk menghalang kaum kapitalis ~ semula kemakmuran negara; mencengkamkan menekankan (kuku, cakar, dll) utk mencengkam; pencengkam (Kej) sj alat utk mencantumkan atau melekatkan alat-alat lain: ~ rata; ~ U. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ceng.kam] | چڠکم
Definisi : ; daun ~ harimau sj tumbuhan (pokok kecil), pokok tapak rimau, Trevesia cheirantha. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ceng.kam] | چڠکم
Definisi : , = cengkaman 1 genggaman dgn kuku atau cakar: Ia meronta-ronta hendak melepaskan diri drpd ~ beruang itu. 2 kekuasaan; penindasan: Dlm ~ diktator itu, mereka tidak dpt menyuarakan pendapat secara bebas. mencengkam 1 memegang erat-erat dgn kuku atau dgn cakar: Helang ~ anak ayam. 2 menyepit atau mengapit sesuatu erat-erat: Kerana terlalu marah, orang itu telah ~ leher pemuda yg kurang ajar itu. 3 ki berkuasa atas sesuatu; menguasai; menindas: Orang-orang tengah telah ~ kaum petani di luar bandar sejak dahulu lagi. mencengkamkan mengenakan kuku (tangan, kaki) utk mencengkam: Helang itu telah ~ kukunya pd mangsanya lalu membawanya terbang. pencengkam alat yg digunakan utk mencengkam sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)