[dia.frag.ma] | ديافرݢما
Definisi : 1. tisu yg terdiri drpd otot dan tendon yg memisahkan rongga toraks drpd rongga abdomen pd mamalia; 2. alat yg mengehadkan bukaan lensa atau sistem optik; 3. cakera atau kon yg bergetar pd alat spt telefon, mikrofon, dll; 4. alat pencegah kehamilan pd wanita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[dia.frag.ma] | ديافرݢما
Definisi : ist 1 dinding drpd otot yg mengasingkan toraks drpd abdomen. 2 susunan (kepingan) plat tipis yg mengawal kemasukan cahaya spt dlm kamera: Sebagaimana mata hitam mengawal banyaknya cahaya masuk ke dlm mata, maka demikianlah ~ menjalankan kerja yg serupa dlm kamera. 3 ceper atau kon yg bergetar dan menghasilkan gelombang bunyi dlm sesuatu alat spt mikrofon. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)