Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.rung] | هاروڠ

Definisi : ; mengharung, mengharungi 1. ber­­jalan menyeberangi air (semak, sungai, dll), meranduk: takut ~ air yg deras; budak itu sedang ~ sungai; ~ belukar berjalan melalui belukar; 2. menempuh, melayari (lautan dll): sedang kami ~ lautan India, angin turun dgn hebatnya; kegagahan wau ~ angkasa; 3. ki menghadapi (mengalami) kesusahan (kesukaran dsb): kejayaan dicapai setelah ~ berbagai-bagai kesulitan; harung-harung, harung-harungan 1. tem­pat orang mengharung (bahagian sungai dll yg tidak dalam); 2. laut yg boleh dilayari; pengharungan perihal (perbuatan dsb) men­g­­­­harung(i). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.rung] | هاروڠ

Definisi : ; mengharung mengganggu, meng­haru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.rung] | هاروڠ

Definisi : ; tali ~ tali utk menambat kuda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.rung] | هاروڠ

Definisi : ; mengharung 1 berjalan ke seberang (sungai dsb); berjalan dlm air (anak sungai, semak dll); meranduk: Utk sampai ke tempat itu, mereka terpaksa ~ anak sungai dan bencah. 2 belayar (di lautan dll); menempuh (lautan): Setelah tujuh hari tujuh malam ~ ombak dan ge­lombang, akhirnya mereka pun terdampar di sebuah pulau. mengharungi 1 berjalan menyeberangi anak sungai, belukar dll: Kerana tidak ada titian, mereka terpaksa ~ anak sungai itu. 2 belayar melalui laut atau sungai dgn kapal, perahu dll; melayari: Dgn kapal itu, dia telah berjaya ~ Lautan Pasifik. 3 ki melalui (mengalami, menghadapi) sesuatu kesukaran, kepahitan dsb: Dia tetap tabah dlm ~ hidup yg penuh cabaran ini. harungan 1 bahagian sungai dll yg tidak dalam; tempat orang mengharung. 2 laut yg dpt dilalui kapal. pengharungan perbuatan mengharung atau mengharungi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harung
Kata Terbitan : mengharungi,