Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[im.bal] | ايمبل

Definisi : 1. tidak tegak betul, senget ke suatu pihak, miring ke sebelah, tidak bulat betul (herot): meja itu ~ kerana kakinya tidak sama panjang; 2. ki berat sebelah, tidak adil (keputusan, hukuman, dll), tidak seimbang: keputusan pertandingan itu ~; mengimbal 1. menjadi imbal (tidak tegak betul, senget, dsb), menyenget, mengherot: tiang itu ~; 2. menjadi imbal (berat sebelah, tidak adil, dsb): pertimbangannya mulai ~; mengimbalkan 1. menjadikan imbal (tidak tegak betul, senget, dsb), menyengetkan, mengherotkan; 2. menjadikan imbal (berat sebelah, tidak adil, dsb); pengimbalan 1. perihal mengimbal atau mengimbalkan, penyengetan, pengherotan; 2. perihal menjadi(kan) berat sebelah, tidak adil dsb; pengimbal alat utk mengimbalkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[im.bal] | ايمبل

Definisi : ; imbalan bayaran (upah) utk membalas jasa orang, ganjaran, honorarium: sbg ~, akan kunyanyikan untukmu; mengimbalkan memberikan imbalan kpd seseorang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
imbal (adjektif)
1. Rujuk miring

2. Bersinonim dengan berat sebelah: tidak saksama, tidak adil.,