Definisi : pengayuh (dayung) yg berdaun pd kedua-dua hujungnya; mengelibat mengayuh (berdayung) dgn kelibat; gelibat I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : Jk terlibat, terbabit (dlm sesuatu perkara); libat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : rupa seseorang atau sesuatu yg kelihatan sepintas lalu sahaja, imbasan: usahkan dia, ~nya pun tak nampak; ia dapat melihat hanya ~ kereta abangnya membelok di jalan itu; sekelibat = ~ mata seketika, sekelip mata, sepintas lalu, sekali imbas, selayang pandang: di dalam cahaya pelita kelihatan ~ lembaga Pak Imam; terkelibat terbayang seketika atau sepintas lalu; kelebat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : rupa sesuatu yg kelihatan sepintas lalu; bayang: Usahkan orangnya, ~nya pun tak nampak. sekelibat sekali imbas; sepintas; sekelip mata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)