Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.luh.ke.sah] | کلوه - کسه

Definisi : ternyata atau terlahirnya rasa gelisah (kesal, runsing, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.luh.ke.sah] | کلوه - کسه

Definisi : 1. kata-kata dsb yg melahir­kan rasa sedih (kerana menderita sesuatu), rintihan; 2. = berkeluh-kesah melahirkan rasa sedih atau susah hati (dgn kata-kata rintihan atau suara merintih), mengeluarkan rasa hati (yg berkaitan dgn kesusahan atau penderitaan yg dialami); 3. = berkeluh-kesah tidak tenteram fikiran (kerana kese­dihan, penderitaan, kebimbangan, dsb), geli­sah: maka Tuanku Malim Deman tiadalah matanya beradu, ~-kesah seorang dirinya; keadaan kemarau yg berterusan itu membuat kaum petani di daerah itu berkeluh-kesah; ~-kesah sayu keluh-kesah yg menunjukkan kesedihan (dgn kata-kata yg sayu); ~(-kesah) tidur di kasur, berkeruh di lapik penjemuran prb, Mn kemewahan (kemuliaan) tidak sentiasa mendatangkan kebahagiaan manakala kemiskinan ada kalanya memberi kesenangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.luh.ke.sah] | کلوه - کسه

Definisi : keluh. berkeluh-kesah melahirkan perasaan sedih, gelisah dll kerana menderita kesusahan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keluh-kesah (kata nama)
Bersinonim dengan rintihan, keluhan, rungutan, kesedihan, kesusahan, keperitan, kepahitan, kehampaan, kekecewaan, kegagalan;,