[ke.ti/] | کتيق
Definisi : bunyi spt bunyi jam (mesin taip dll); juru~ Id jurutaip; mesin ~ Id mesin taip; berketik 1. berbunyi spt bunyi mesin taip dll; 2. Kl bersuara; tidak ~ tidak bersuara (kerana takut dll); mengetik 1. berbunyi spt bunyi jam (mesin taip dll); 2. menjentik, mengetis, menyentil (dgn jari); 3. menaip: ~ surat; ketikan hasil mengetik, yg diketik; ~ jari ketukan (pukulan) jari (pd papan dll): mereka menyanyikan lagu itu dgn gelengan kepala dan ~ jari yg menandakan keasyikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ke.ti/] | کتيق
Definisi : kaki serangga (belalang, cengkerik, dll) yg panjang; ketis II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ke.ti/] | کتيق
Definisi : Kl; mengetik 1. mencuri (benda-benda yg tidak seberapa harganya); 2. memagut atau menggigit (bkn ular, lipan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)