Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.rap] | کيرڤ

Definisi : ; mengirap 1. mengibar-ngibarkan (mengibas-ngibaskan, mengepak-ngepakkan) sayap; 2. menggerak-gerakkan perisai ke atas ke bawah, menangkis-nangkis dgn perisai: dikirapnya perisai menyalahkan parang pendekar itu; mengirapkan 1. mengibaskan, mengepak­kan (sayap), mengiraikan (kain dll); 2. meng­gerak-gerakkan ke atas ke bawah dsb (perisai, penangkis, dsb), mengayunkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.rap] | کيرڤ

Definisi : ; mengirap hilang, hapus, lenyap, luput: ~ ghaib kemegahan diri; nama Ema telah ~ bertukar dgn nama ibu Beino yakni isteri Pak Beino; mengirapkan menghilangkan, menghapus­kan, melenyapkan, meluputkan: puas ia mencuba hendak ~ segala perasaan waswasnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kirap