Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kul.tur] | کولتور

Definisi : 1. penanaman tumbuh-tumbuhan ter­utamanya dgn kaedah saintifik utk mem­perbaik baka atau menghasilkan baka baru; 2. penternakan dan pembiakan binatang utk memperbaik baka: hasil sampingan drpd ~ kulat; Sabah akan mengeluarkan udang ~; 3. sekumpulan sel tisu, bakteria dsb yg diper­oleh drpd proses pembiakannya dlm bahan nutrien di dlm makmal; mengkultur membiakkan mikroorganisma, spt bakteria dan sel tisu dlm bahan nutrien: ahli biologi menggunakan agar-agar sbg medium utk ~ bakteria dan kulat; pengkulturan proses atau perbuatan meng­kultur: serum merupakan suatu bahan penting dlm ~ sel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kul.tur] | کولتور

Definisi : 1 penanaman tumbuh-tumbuhan terutamanya dgn kaedah saintifik utk memperbaik baka atau utk menghasilkan baka baru. 2 penternakan dan pembiakan binatang utk memperbaik baka: Sabah akan mengeluarkan udang ~. 3 sekumpulan sel tisu, bakteria dsb yg diperoleh drpd proses pembiakannya dlm bahan nutrien (di dlm makmal). mengkultur membiakkan sel tisu, bakteria dsb dlm bahan nutrien: Agar-agar digunakan sbg medium utk ~ bakteria dan kulat. pengkulturan proses atau perbuatan mengkultur: Serum merupakan suatu bahan penting dlm ~ sel. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kultur