[lan.tar] | لنتر
Definisi : ; melantarkan 1. menimbulkan (sesuatu perkara), menyebabkan; 2. menyampaikan (permohonan, permintaan, dll), mengusulkan, mengemukakan; lantaran 1. hal yg menjadi sebab sesuatu perkara; 2. kerana, sebab: ~ cantiknya, orang segan mengambilnya menjadi babu; ~ itu kerana itu; pelantaran; dgn ~ dgn perantaraan atau pertolongan; pelantar orang yg menyampaikan atau mengemukakan (permohonan, permintaan, dll), pengantara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[lan.tar] | لنتر
Definisi : ; terlantar 1. terletak di: berbulan-bulan lamanya dia ~ di rumah sakit; 2. dlm keadaan yg tidak dijaga atau dipelihara, terabai, terbiar: anak yg dikasihinya itu begitu ~ dan terbiar di tengah-tengah masyarakat; menterlantarkan membiarkan terabai atau tidak terpelihara, tidak mempedulikan: dia takut utk bernikah dgn Leman, takut dia akan diterlantarkan sebagaimana perempuan-perempuan lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[lan.tar] | لنتر
Definisi : ®pelantar I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[lan.tar] | لنتر
Definisi : ; terlantar 1 terletak atau terbaring (di): Sudah lama ia ~ di rumah sakit tetapi penyakitnya belum juga sembuh. 2 terbengkalai atau tidak dikerjakan; terbiar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[lan.tar] | لنتر
Definisi : ; melantarkan menimbulkan sesuatu perkara (kerugian dll); menyebabkan. lantaran 1 oleh sebab; kerana: Mereka mati ~ sakit malaria. 2 hal yg menjadi sebab sesuatu: Polis mencari ~ utk menangkap mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)