[mang.gar] | مڠݢر
Definisi : 1. tangkai mayang kelapa; 2. Mn pangkal pelepah (kelapa dll); bunga ~ sj perhiasan drpd kertas berwarna-warni yg berupa spt manggar yg dipasangkan pd sebatang kayu (digunakan dlm upacara keraian spt perkahwinan, sambutan orang besar-besar, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[mang.gar] | مڠݢر
Definisi : tangkai mayang kelapa. bunga ~ perhiasan spt manggar yg berwarna-warni yg dibuat drpd kertas dan dicucukkan pd sebatang kayu (digunakan dlm upacara perkahwinan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)