[me.la.ya.ni] | ملايني
Definisi : 1. menyempurnakan keperluan orang lain (pembeli, tetamu, dll), meladeni: seorang gadis Cina senantiasa ~ pelanggan-pelanggan di situ; 2. mempedulikan (suami, teman, dll), mengendahkan, menerima baik (terhadap orang lain): Edah membentak kerana malas hendak ~ suaminya; 3. menentang (musuh dll): kakang kehilangan saudara sekarang, namanya itu Panji Semirang, lama dicari bukan kepalang, sebilang negeri dilayan perang; 4. mengikut kehendak (hati, fikiran, dll): sejurus ia bermenung ~ fikiran yg berkacau itu; 5. menggunakan sesuatu alat kerja dgn cermat dan betul; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.la.ya.ni] | ملايني
Definisi : melayan berkali-kali atau melayan beberapa banyak orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)