[me.lon.ja/] | ملونجق
Definisi : 1. melompat ke atas (dgn keduadua belah kaki) utk mencapai sesuatu: ia ~ hendak memetik buah itu; 2. melambung (bola dll): raksa dlm buli-buli itu akan mengembang dan ~ keluar ke dlm batang jangka suhu; 3. ki bercakap sombong, menyombong; cakap ~ cakap besar (meninggi); 4. ki bertambah (tinggi dll): pd masa kekasihnya tiba itu perasaan gembiranya ~; melompat naik, meningkat naik dgn tiba-tiba (harga dll): harga getah ~ naik kerana bekalan getah sangat kurang; dr kerani dia ~ jadi pegawai daerah; harap hendak ~, kopiah pesuk prb kerana hendak hidup mewah habis terjual harta benda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.lon.ja/] | ملونجق
Definisi : 1 melompat ke atas dgn kedua-dua belah kaki (utk mencapai sesuatu): Ia ~ hendak mencapai bungkusan yg di atas para itu. 2 melambung (bkn bola): Bola getah itu ~ apabila dicampakkan ke tanah. 3 meningkat naik atau melompat naik dgn tiba-tiba (bkn harga): Harga gula ~ dr 20 sen hingga 40 sen sekati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)