Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pa.nik.an]/[ke.pa.ni/.kan] | ڤانيک

Definisi : cemas (takut, bimbang, gelisah dsb) yg datang dgn tiba-tiba: saya benar-benar ~ ketika itu; kadangkala kita mudah ~ apabila diarah menyiapkan sesuatu projek dgn segera; kepanikan 1. perasaan atau keadaan panik (cemas): ~ benar-benar mencengkamnya; ~ jelas terbayang di wajahnya; 2. mengalami perasaan panik, dlm keadaan panik: orang tua yg ~ itu telah bergegas melarikan diri ke dlm belukar; nampaknya dia ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pa.nik.an]/[ke.pa.ni/.kan] | ڤانيک

Definisi : cemas, takut, bimbang dsb yg tiba-tiba hingga tidak dpt berfikir dgn tenang: Kita tidak boleh ~ apabila berlaku kemalangan. kepanikan rasa panik: Kebakaran itu telah menimbulkan ~ di kalangan penduduk di situ. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata panik