Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.ta/] | ڤنتق

Definisi : ; memantak masuk dalam-dalam (pasak dll): perkataan-perkataan yg tajam ~ tepat ke telinga Pak Dollah; memantakkan 1. memasukkan dalam­dalam, menukul hingga masuk dalam-dalam (pasak, paku, dll): muncung keluli ini dipantakkan ke dlm tanah; 2. ki memasukkan (idea, konsep, dsb) ke dlm fikiran, mempengaruhi: kanak-kanak kini turut membuat keputusan membeli jenama yg dipantakkan oleh iklan televisyen ke dlm fikiran mereka; pantakan hasil atau perbuatan memantakkan: ~ itu meninggalkan lekuk yg dalam; kesan ~ itu menyebabkan masyarakat selalu berhati-hati ketika menggunakan gula dlm makanan dan minuman; pemantak alat utk memantakkan sesuatu, penukul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.ta/] | ڤنتق

Definisi : Br, Sr (ilmu) sihir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.ta/] | ڤنتق

Definisi : ; memantak masuk dalam-dalam (bkn bunyi, paku dll): Suara cengkerik berdengung-dengung ~ ke anak telinga. memantakkan menukul (paku dll) supaya masuk dalam-dalam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pantak
Kata Terbitan : memantak, memantakkan,