Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.pas] | ڤاڤس

Definisi : ; memapas 1. menanggalkan atau mem­buka (pakaian, khemah, dll): ia menyuruh ~ kajang; 2. mengambil, mencuri, menyerobot: lekas-lekas Andeh, kalau orang lain pergi dahulu tentulah habis dipapasnya, kita melepas sahaja; 3. mengubati atau menawar (penyakit, bisa, dll): carikan dukun yg pandai-pandai ~ serta dipintakan tangkal azimat kpd tuan-tuan Sayid. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.pas] | ڤاڤس

Definisi : ; berpapasan bertemu sewaktu ber­selisih lalu: ketika melalui lorong kabin jurumudi, Ramli ~ dgn serang kapal; apakah aku tidak boleh menegurmu kalau kebetulan kita ~ dijalan? memapas menyongsong, menongkah: ~ angin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.pas] | ڤاڤس

Definisi : ; berpapasan berselisih: Dlm perjalanan ke mari, saya ~ dgn dia. memapas bergerak berlainan arah; menyongsong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata papas