Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.roi] | ڤروي

Definisi : 1. mudah pecah-pecah (tanah dll), tidak padat (padu), gembur: tanah itu ~ dan senang dikerjakan; 2. = seroi Kd nasi yg tidak boleh dikepal-kepal kerana kurang air; memeroikan menjadikan peroi, menggem­burkan, menghancurkan: menggali dan membajak utk melonggarkan atau ~ tanah; keperoian perihal, sifat atau keadaan peroi (tidak padat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.roi] | ڤروي

Definisi : sj ikan darat, Osteochilus hasselti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.roi] | ڤروي

Definisi : tidak padat (bkn tanah dll); berderai-derai; gembur: Tanah yg ~ itu mudah diusahakan. memeroikan menjadikan peroi; menggemburkan: Jentera pembajak digunakan utk ~ tanah. keperoian keadaan atau sifat peroi. pemeroian proses (hal dsb) menjadi peroi atau memeroikan: Proses hablur natrium karbonat kehilangan air penghablurannya disebut ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peroi (adjektif)
Bersinonim dengan gembur, pecah-pecah, berderau, berderai-derai, berbiji-biji, berbutir-butir, seroi;,
Kata Terbitan : memeroikan,