[se.long.kar] | سلوڠکر
Definisi : ; menyelongkar mencari (memeriksa dll) dgn membongkar-bongkar, membongkar-bongkar atau mengaduk-aduk utk mencari (memeriksa dll) sesuatu: polis Thai baru-baru ini telah ~ satu pangkalan komunis; penyelongkaran perbuatan menyelongkar, pembongkaran: ~ polis mencari barang-barang makanan; penyelongkar orang atau binatang yg menyelongkar: ~ bilik tamu itu sudah dapat dikenal pasti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[se.long.kar] | سلوڠکر
Definisi : ; menyelongkar membongkar-bongkar utk menyiasat atau utk mencari sesuatu: Pegawai-pegawai kastam telah ~ bot-bot nelayan itu. penyelongkar orang atau haiwan yg menyelongkar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)