Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sen.da] | سندا

Definisi : = ~ gurau = gurau ~ kelakar, jenaka, olok-olok, seloroh: sajak dan ulangan suara banyak dipakai baik dlm ~ mahupun dlm percakapan; bersenda = ~ gurau = bersenda-senda 1. berkelakar, berseloroh, berjenaka: menga­pa-kah pula tuan hendak ~-senda dgn ayah-anda spt ini? 2. bergurau-gurau, bercumbu-cumbu: maka tuanku Malim Deman pun lalu santap beradat serta ~ kedua-dua laki isteri; menyenda-nyendakan mempermain-main­­kan: mereka tidak lagi menghormati prinsip keagamaan, sebaliknya ~ kewujudan neraka dan syurga; mempersendakan mempermainkan (dgn gurau senda), memperolok-olokkan, me­ngejek-ejekkan: terasa oleh Aini yg Kamal sengaja hendak ~nya; sendaan sesuatu (bahan dsb) yg di­per-sendakan: ibu tidak mahu kau jadi ~ orang; persendaan hal yg berkaitan dgn perbuatan bersenda: bahan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.da] | سندا

Definisi : sl saya (kep sahayanda), hamba: ~lah bercakap mengamuk di dlm kampung Benda-hara Paduka Raja; sanda I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.da] | سندا

Definisi : , = ~ gurau, = gurau ~ perbuatan atau percakapan utk bersuka-suka saja; jenaka; kelakar. bersenda, = ~ gurau, = bergurau senda berbuat atau mengatakan sesuatu utk bersuka-suka atau utk bermain-main; bergurau-gurau: Maka baginda pun ~ gurau kedua-dua laki isteri. mempersendakan menjadikan sesuatu sbg bahan utk bersenda (mengejek dsb); mem­per­mainkan: Tidak baik ~ orang-orang yg cacat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senda (kata nama)
Bersinonim dengan senda gurau, kelakar, lawak, kecindan, jenaka, seloroh, olok-olok;,
Kata Terbitan : bersenda, mempersendakan,

Puisi
 

Pokok terap dipukul bayu,
     Bayu sampai ke kota raja;
Sudahlah adat kita Melayu,
     Pandai berpantun berguraulah senda.


Lihat selanjutnya...(2)