[se.tang.kup] | ستڠکوڤ
Definisi : 1. = ~ tangan sebanyak yg dapat diambil dgn kedua-dua belah tangan yg ditangkupkan, seraup; 2. sama ukurannya (besarnya, bentuknya, dll) kedua-dua belahnya, simetri; 3. seimbang, selaras: memetik kata-kata Noam Chomsky, “supaya ~ perkembangan bahasa dgn kemajuan ilmu”; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[se.tang.kup] | ستڠکوڤ
Definisi : 1 sebanyak yg dpt diambil oleh kedua-dua belah tangan yg ditaupkan: ~ beras. 2 kedua-dua belah sama besar ukurannya; simetri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)