[sim.bah] | سيمبه
Definisi : ; bersimbah 1. basah (kerana disirami air, peluh, dll), kuyup: mukanya kian lama semakin pucat penuh ~ peluh dingin; 2. berlumuran (darah); menyimbah 1. menyiram (dgn air dll hingga basah), memerciki, menyimbur: kadangkadang disimbahnya air ke perahu kawan yg berselisih; sanggupkah kau melihat darah merah ~ bumi? 2. keluar dgn banyaknya (peluh): keringat dinginnya juga telah ~ di dahinya; simbahan curahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[sim.bah] | سيمبه
Definisi : Mn; bersimbah ditarik ke atas supaya pendek (kain, lengan baju, dll), disiah(kan), disingsingkan: ada yg berlari sambil ~ kain; menyimbah, menyimbahkan 1. menyingsingkan (kain, baju, dll); 2. menyelak, menyingkap: ~ kelambu; tersimbah tersingsing, terselak, tersingkap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[sim.bah] | سيمبه
Definisi : ; bersimbah basah kerana disirami air dll; kuyup: Badannya ~ peluh. menyimbah 1 menyiram dgn air dll sehingga basah: ~ lantai. 2 keluar bermanik-manik (bkn peluh): Peluh ~ di dahinya. menyimbahkan menyiramkan (air dll) pd sesuatu; mencucurkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)