[te.pis] | تڤيس
Definisi : menepis mengelakkan pukulan, serangan, dsb: dia mencuba ~ tetapi tidak berjaya; ke-mungkinan utk ~ tindakan tentera pihak musuh; menepiskan 1. menangkis pukulan (serangan dll) dgn belakang tangan: Folley kelihatan tidak berdaya hendak menepiskan penumbuk Mohammad Ali yg pantas itu; 2. mengibas dgn tangan: Wahab menepis-nepiskan habuk dr kemejanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[te.pis] | تڤيس
Definisi : menepis melayang (melayap dll) menyusur tanah (air dll), berjejak sedikit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[te.pis] | تڤيس
Definisi : ; menepis 1 menolak pukulan, serangan dll dgn tangan; menangkis: Dia segera ~ apabila dipukul. 2 mengelakkan (pukulan, serangan dll) dgn tangan: Dia tidak berdaya hendak ~ penumbuk lawannya yg pantas itu. tepisan hasil menepis; tangkisan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)