[ter.ci.cir] | ترچيچير
Definisi : 1. tertumpah berciciran; 2. jatuh (hilang) di tengah jalan (wang dll yg dibawa); 3. tertinggal (di belakang) drpd kumpulan atau drpd teman-temannya; 4. ki ketinggalan (dlm proses kemajuan dsb), ditinggalkan oleh orang (negara dll) yg terus mencapai kemajuan atau kejayaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ter.ci.cir] | ترچيچير
Definisi : 1 tertumpah bertaburan atau tertumpah sedikit-sedikit. 2 jatuh atau hilang di tengah jalan. 3 tertinggal di belakang (dlm pelajaran, perlumbaan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)