[to.léh] | توليه
Definisi : (toléh); ~ tenggala waktu antara pukul 8–11 pagi; menoleh berpaling atau berpusing muka ke kiri (ke kanan atau ke belakang) utk melihat, menengok ke sisi atau ke belakang: dia berjalan terus dgn tidak ~ ke kiri ke kanan pun; menolehkan; ~ muka memalingkan (muka); tertoleh-toleh menoleh berulang kali: dia kelihatan asyik ~ ke kanan dan ke kiri menyoroti orang-orang yg hilir mudik; pertolehan; ~ hari sl masa pagi (lebih kurang pukul 9) atau petang (lebih kurang pukul 3 petang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[to.léh] | توليه
Definisi : /toléh/; menoleh berpaling muka ke kiri, ke kanan dll utk melihat: Ia berjalan dgn cepat dan tidak ~ ke kiri atau ke kanan. menolehkan; ~ muka memalingkan muka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)