Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. memagut atau men­catuk (biasanya dgn paruh): ayam ~ cacing; mati dipatuk ular; 2. memukul (picu atau petikan bedil): picu yg dipetiknya tidak ~ pd kali itu; ayam tak patuk, itik tak sudu prb dlm keadaan hina (tidak dipedulikan orang); ayam ~ anaknya prb memukul (menghukum) anak dll bu­kan utk menyeksa tetapi utk mengajarnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 memagut dgn paruh; mencatuk: Ayam ~ cacing. 2 memukul ke depan (bkn picu senapang dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
patuk
Kata Terbitan : mematuk,

Puisi
 

Helang laut helang jambangan,
     Helang di darat mematuk padi;
Kalau diikut mata timbangan,
     Sama berat baru menjadi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seperti kerbau menanduk anak,
     dengan kaparan tanduk,
bukan dengan hujungnya.

Bermaksud :

Marah bapa akan anaknya itu tiada sampai membahayakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti ayam patuk [= mematuk] anaknya).

 

Lihat selanjutnya...(2)