[a.sap] | اسڤ
Definisi : 1. gas yg kelihatan keluar dr benda yg dibakar (berkepul-kepul dsb naik ke udara); 2. = ~ air wap; ~ air mata = ~ tangis gas pemedih mata; ~ api asap yg keluar dr api; ~ belerang asap dr belerang (gunung berapi); ~ kemenyan asap yg keluar apabila kemenyan dibakar; belum dipanjat ~ kemenyan prb belum berkahwin; menggantang ~ (mengukir langit) prb a) melakukan perbuatan yg sia-sia; b) berangan-angan (akan sesuatu yg tidak mungkin dicapai);berasap 1. mengeluarkan asap, ada asap; 2. diselubungi oleh kabus; dapur tidak ~ prb miskin sekali; telah ~ hidungnya prb telah beroleh keuntungan sesudah lama menderita kekurangan;mengasap 1. menjadi asap; 2. = mengasapi; mengasapi 1. mengenakan asap pd sesuatu (supaya masak, harum, kering, hilang nyamuk, dll); 2. memasak (mengeringkan, mengharumkan, dsb) dgn asap: perempuan itu mengangkat tempat bara utk ~ rumahnya; ~ daging mengeringkan daging dgn asap; ~ pakaian mengharumkan pakaian dgn mengenakan asap dupa; pengasapan perihal (perbuatan) mengasapi; perasap, perasapan tempat membakar kemenyan dll, pedupaan: ia menyuruh aku memasang ~ dan memasukkan sedikit setanggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[a.sap] | اسڤ
Definisi : wap yg di dlmnya terdapat karbon dan kelihatan keluar dr benda-benda terbakar. ~ air sj gas yg keluar dr air yg mendidih. ~ api asap yg keluar dr api. ~ belerang asap yg keluar dr belerang gunung berapi. ~ kemenyan asap yg keluar dr kemenyan yg dibakar. ~ rokok asap dr rokok yg dihisap. berasap mengeluarkan asap; ada asapnya. mengasapi mengenakan asap pd sesuatu supaya masak (kering, harum dsb). ~ daging menyalai daging. ~ getah mengeringkan getah dgn asap. ~ nyamuk menghalau nyamuk dgn asap. ~ pakaian mengharumkan pakaian dgn asap setanggi dsb. perasapan tempat membakar kemenyan dsb. pengasapan hal (cara, perbuatan dsb) mengasapi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)