Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau.
Bermaksud : Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai [= laut]). kepala pulau = tepi sungai yang menghadap mudik, tempat batang-batang tersangkut apabila air bah.
421 New lairds make new laws Apabila perintah baharu atau orang lain berkuasa, maka peraturan baharu pula diperkenalkan. Sekali air bah, sekali pasir berubah ''Last year, we didn't even have to pay a single cent for our quit rent. But now, wea are told to pay up,'' I said ''Well, that was last year. Now we have a new government. new lairds make new laws ,'' replied my boss. ''Tahun lepas kita tak perlu bayar satu sen pun cukai tanah. Tapi sekarang kita kena bayar pula,'' kataku. ''Itu tahun lalu, sekarang kerajaan baharu. Sekali air bah, sekali pasir berubah,'' jawab ketuaku. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
|