Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.lah] | باله

Definisi : ; berbalah berbantah, bertengkar: budak-budak ini sentiasa ~ sesama mereka;berbalahan, berbalah-balahan saling berbalah, berbantah-bantah, bertengkar-tengkaran;membalah membantah: jangan ~ nasihat orang tua;memperbalahkan mempersoalkan kesahan, kebenaran, dll: kawasan yg diperbalahkan tidak ada gunanya dijadikan punca pertentangan tentera;perbalahan perihal berbalah, perbantahan, pertengkaran: mereka itu sengaja mencari ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.lah] | باله

Definisi : ; berbalah berbantah; bertengkar: Kamu jangan selalu ~ dgn kawan-kawan di pejabat. perbalahan perbuatan berbalah atau berbantah; pertengkaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balah