Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ban.ding] | بنديڠ

Definisi : Id rayuan (ulang bicara), pertimbangan;pembandingan perbuatan membandingi atau membanding(kan);pembanding 1. orang yg membandingkan; 2. alat utk membandingkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.ding] | بنديڠ

Definisi : 1. imbang, tara; tiada ~nya tidak ada yg menyamainya, tiada taranya; 2. Id rayuan (ulang bicara); naik ~ meminta ulang bicara;sebanding seimbang, setara, setanding, setaraf: kemajuan kaum wanita haruslah ~ dgn kemajuan kaum lelaki;berbanding 1. dibandingkan: penduduk daerah ini bertambah ~ dgn tahun lalu; 2. = berbandingan; berbandingan 1. ada bandingnya, (taranya): kebaikannya tiada ~; 2. seimbang, sebanding, sepadan: kekuatannya ~ dgn besar badannya;membanding 1. bp membandingkan; 2. Mn merayu (ulang bicara); 3. Mn memberi pertimbangan (benar atau salah), menyiasat;membandingi mengimbangi, menyamai: kita membeli senjata-senjata itu utk ~ kekuatan musuh;membandingkan, memperbandingkan melihat (menunjukkan dsb) persamaan dan perbezaan antara dua benda: dia ~ sastera Melayu dgn sastera Eropah;perbandingan, bandingan 1. imbangan, perimbangan, persamaan; 2. ibarat: mereka ialah cermin ~ hidup; kata-kata ~; 3. = banding Id rayuan (ulang bicara), pertimbangan;pembandingan perbuatan membandingi atau membanding(kan);pembanding 1. orang yg membandingkan; 2. alat utk membandingkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.ding] | بنديڠ

Definisi : sama dgn; imbang; tara: Kehandalan Hang Tuah tidak ada ~nya pd zaman itu. berbanding 1 ada bandingnya: Kecantikannya tidak ~. 2 seimbang (dgn); sepadan: Perbelanjaan hendaklah ~ dgn pendapatan. 3 dibandingkan (dgn): Kadar pendapatan penduduk tahun ini bertambah ~ dgn tahun lalu. membandingkan melihat dua benda utk mengetahui apa-apa yg sama dan apa-apa yg berlainan: Dlm kajiannya, beliau telah ~ sastera Melayu dgn sastera Inggeris. bandingan 1 apa-apa yg dianggap sama; imbangan. 2 hasil drpd membandingkan. perbandingan 1 hal berbanding atau dibandingkan. 2 persamaan (ttg sesuatu sifat dsb); sesuatu yg seimbang: ~ dlm bahasa kiasan kadang-kadang dinyatakan terang-terang dan kadang-kadang tidak. 3 ibarat: Kejayaannya boleh dijadikan ~. pembandingan perbuatan atau hal membandingkan: ~ peta tumbuh-tumbuhan dgn peta muka bumi dpt membantu kamu memahami keadaan alam di sesuatu kawasan. pembanding 1 orang yg membandingkan. 2 alat yg digunakan utk membandingkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banding

Puisi
 

Buah pupur di tebing tinggi,
     Buah kandis masak putih;
Kalau nak ukur sama tinggi,
     Kalau nak banding sama putih.


Lihat selanjutnya...(3)