Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.tal] | بطل

Definisi : 1. tidak sah, tidak berlaku lagi, mansuh: sah ~ terserah pd lembaga; kerana dia tersentuh suaminya, air sembahyangnya ~; 2. tidak jadi, gagal, tidak berhasil: niatnya hendak pulang ~ kerana kematian anaknya; 3. tidak sah diperlakukan, tidak laku lagi (bkn cek, tiket, dsb);membatalkan 1. menyatakan tidak sah (berlaku lagi): Parlimen berhak ~ undangundang; 2. meniadakan, menggagalkan, mengurungkan: Amerika Syarikat ~ bantuannya kpd negara-negara yg prokomunis;terbatal dibatalkan: perjanjian itu dianggap tidak sah atau ~ jika syarat-syarat yg ditetapkan tidak dipatuhi;pembatalan perihal (tindakan, perbuatan, dsb) membatalkan: Parlimen menyetujui ~ undang-undang itu; pembatal (sesuatu) yg membatalkan; kuasa ~ kuasa yg membatalkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.tal] | بطل

Definisi : 1 tidak diakui sah; tidak berlaku lagi: Jika orang yg sedang berpuasa menghisap rokok, maka ~lah puasanya. 2 tidak jadi diteruskan; tidak berhasil; gagal: Cita-citanya hendak mendaki Gunung Tahan ~ kerana musim tengkujuh. membatalkan 1 menyebabkan jadi batal: Ali, cuba awak sebut perkara-perkara yg ~ puasa. 2 menyatakan tidak sah atau tidak berlaku lagi; memansuhkan: Hanya parlimen saja yg boleh ~ sesuatu undang-undang. 3 menyatakan tidak jadi diteruskan; membuat supaya tidak jadi: Amerika telah ~ bantuannya kpd negara-negara yg bermusuh dgnnya. terbatal sudah batal atau dibatalkan: Kontrak itu ~ jika syarat-syaratnya tidak dipatuhi. pembatalan hal atau perbuatan membatalkan. pembatal sesuatu yg membatalkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata batal