Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (bécak) 1. berlumpur, lecah: padang agak licin dan ~ kerana hujan sejak beberapa hari; tidak hujan lagi ~, inikan pula hujan prb semasa senang sahaja sudah susah, apa lagi semasa susah; 2. tanah lembut yg berair, lumpur, selut: mereka sanggup berkorban apa saja walaupun terpaksa meredah ~ dan menghidu bau busuk di kawasan itu; penduduk terpaksa berjalan kaki menyusur likuliku jalan yg dilitupi ~ dan lopak; membecakkan mengotori dgn lumpur, melecahkan: hujan lebat ~ jalan tanah merah di situ. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. bintik, rintik, kurik; 2. kotoran;berbecak-becak 1. berbintik-bintik, berintik-rintik, berkurik-kurik: bajunya ~; 2. kotor: seluarnya ~ kena lumpur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /bécak/ berair serta berlumpur; lecak: Ali melangkah dgn hati-hati supaya tidak terpijak tanah yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata becak