[be.nar] | بنر
Definisi : 1 tidak salah; tidak keliru; betul: Hitungan yg dibuatnya itu ~. 2 amat; sangat, sungguh; sekali: Mahal ~ buku ini. membenarkan 1 menyatakan ia atau sah; menyungguhkan; mengakui: Ali menganggukkan kepalanya sbg tanda ~ kata-kata kawannya itu. 2 memberi izin; membolehkan: Tuan tanah itu tidak ~ sesiapa pun melintasi kawasannya. kebenaran 1 sesuatu yg benar; sesuatu yg sungguh-sungguh ada atau betul: Banyak perkara mustahil ttg atom yg telah dibuktikan ~nya dgn percubaan-percubaan sains. 2 kelulusan utk membenarkan; izin: Sebelum diadakan perundingan dgn Sultan, Belanda meminta ~ hendak membawa kapal mereka mudik ke Sungai Riau. 3 keadaan benar atau cocok dgn hal yg sesungguhnya: ~ khabar itu masih disangsikan lagi. pembenaran perbuatan atau hal membenarkan. sebenarnya 1 sebetulnya; sesungguhnya; nyatanya: ~ sudah dua tahun aku tinggal di sini. 2 memang begitulah halnya; demikianlah: ~lah yg kamu katakan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)