Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : berderai-derai 1. ber-lanjutan atau berpanjangan dgn tidak teratur: sesekali terdengarlah gelak ketawa ~ drpd anak-anak muda yg sedang belajar bersilat; kita tidak mahu berkokok ~-derai sedangkan ekor bergelumang tahi; 2. dgn banyak dan tidak menentu (bkn buah, daun, dll yg gugur atau jatuh ke tanah); 3. berduyun-duyun dgn tidak teratur, berderet-deret tetapi tidak dgn teratur (bkn orang ramai yg meninggalkan sesuatu tempat): orang berderai-derai keluar dr gereja; 4. berbiji-biji, berbutir-butir, hancur atau pecah halus-halus (bkn tanah dll): buah bidara dlm bakul itu jatuh ~ ke tanah; ketul-ketul tanah itu hancur ~ dlm genggamannya; 5. (jatuh) bertitik-titik (bkn air mata dll), me­nitis (titik demi titik): bila tersentuh, air yg bermanik-manik itu jatuh ~ ke bumi; kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi prb orang yg bercakap besar sedang ke­luarganya melarat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : berderai-derai berbunyi spt bunyi air (hujan) yg jatuh menitik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 gugur (bkn daun, buah dll) dgn banyak atau dgn tidak menentu. 2 berlanjutan atau berpanjangan dgn tidak teratur (bkn tertawa atau kokok): Mereka tertawa ~ melihat telatah badut dlm televisyen. 3 berbutir; berbiji; hancur: Mengapa nasi ini ~ saja? Tanah di situ ~ kerana kekurangan air. 4 bertitik-titik (air mata dll): Air matanya jatuh ~ kerana terlalu sedih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berderai.

Puisi
 

Sudah berdebu berderai pula,
     Berderai sampai ke kota raja;
Sudah bertemu bercerai pula,
     Tinggallah tuan cahaya mata.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Dilihat si pulut,
     ditanak berderai.

Bermaksud :

Kelihatan seperti orang kaya, tetapi yang sebenarnya miskin.

 

Lihat selanjutnya...(4)