[ber.ja.ga.ja.ga] | برجاݢ-جاݢ
Definisi : 1. tidak tidur semalam suntuk (kerana kenduri kahwin dll), merayakan (perkahwinan dll) beberapa hari berturut-turut: maka raja pun mulai ~ akan mengahwinkan anakanda baginda dgn tuan puteri itu; 2. berwaspada, berhati-hati, berawas-awas: mereka ~ apabila melalui titi yg sempit itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ber.ja.ga.ja.ga] | برجاݢ-جاݢ
Definisi : 1 berhati-hati; berwaspada: Ia ~ kalau-kalau pencuri itu datang lagi ke rumahnya. 2 tidak tidur sepanjang malam; merayakan majlis perkahwinan dll siang malam terus-menerus: Maka baginda pun ~ empat puluh hari empat puluh malam utk mengahwinkan puterinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)