[bi.ngung] | بيڠوڠ
Definisi : 1. kehilangan akal, tidak tahu apa yg hendak dibuat, gugup: dia hampir ~ sejak terbongkarnya kisah anaknya ditahan kerana mencuri; 2. bodoh, dungu, tolol; ~ alang (orang yg) ada masa-masanya fikirannya buntu serta-merta dan tidak dapat melakukan sesuatu dgn betul; yg ~ makanan yg cerdik, yg tidur makanan yg jaga prb penipu selalu mengakali orang yg bodoh dan pencuri mencuri di tempat orang yg tidur; ~ tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikut prb orang yg bodoh tetapi tidak mahu menurut nasihat orang; membingungkan menjadikan hilang akal (gugup dll): leteran ibunya ~nya dan menyusahkan hatinya; kebingungan 1. perihal (keadaan) bingung, kehilangan akal, kekacauan hati: leteran dan desakan mereka menambahkan lagi ~nya; 2. (dlm keadaan) bingung: semua spt ~, spt hilang semangat; pembingungan 1. perihal (perbuatan dsb) membingungkan; 2. tempat yg membingungkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[bi.ngung] | بيڠوڠ
Definisi : 1 tidak tahu apa yg harus dibuat; berasa gugup: Saya menjadi ~ kerana ditanyai bertalu-talu. Ketika bom meletup, kami menjadi ~. 2 tidak tahu menggunakan akal fikiran; bodoh; dungu: Orang ~ makanan orang cerdik. membingungkan menyebabkan menjadi bingung; menyulitkan fikiran; menghairankan: Kesulitan-kesulitan rumah tangga spt inilah yg ~ saya. kebingungan 1 dlm keadaan bingung; kacau fikirannya: Sbg isteri yg setia dan jujur, dia telah menghibur hati suaminya yg ~. 2 keadaan atau rasa bingung: Hal itu telah menimbulkan ~ di kalangan pelajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)