Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : /bolĂ©h/ 1 tidak mustahil utk melakukan sesuatu; dapat: Dia ~ melihat dan mendengar dgn baik. 2 tidak dilarang utk melakukan sesuatu; diberi izin: Selepas bersembahyang maghrib, kamu ~lah menonton televisyen. membolehkan menjadikan boleh; membenarkan; mengizinkan: Peraturan di sekolah tidak ~ murid-murid merokok. kebolehan sifat-sifat yg membolehkan atau melayakkan seseorang utk melakukan sesuatu: Mereka membuat kerja mengikut ~ masing-masing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boleh

Puisi
 

Kalau upih katakan upih,
     Kalau seludang jatuh melarat;
Kalau boleh katakan boleh,
     Jangan saya terharap-harap.


Lihat selanjutnya...(302)
Peribahasa

Pipih (= pecak) boleh dilayangkan,
     bulat boleh digulingkan.

Bermaksud :

Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bulat segiling, pecak setapik, b. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan).

 

Lihat selanjutnya...(112)