Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.bar] | بوبر

Definisi : 1. cerai-berai (orang ramai yg berkumpul dll), berserak-serak, bersurai: penunjuk-penunjuk perasaan ~ setelah polis mendapat bantuan lagi; 2. habis, selesai (mesyuarat, sekolah, dll), usai: ketika ia sampai, mesyuarat baru saja ~; 3. selesai tugas, berhenti (kabinet, pertubuhan, dll): syarikat kerjasama itu ~ kerana ahli-ahli tidak menunaikan tanggungannya; membubarkan 1. menjadikan (menyuruh) bubar, mencerai-beraikan, menyuraikan: tunjuk perasaan itu dibubarkan polis; 2. menghabiskan (tugas dll), menghentikan (mesyuarat dll), meniadakan: baginda mempunyai kuasa melantik PM atau ~ parlimen;pembubaran perihal (tindakan dsb) membubarkan: ~ Dewan Rakyat; ~ syarikat; ~ Parlimen (Udg) perihal membubarkan Parlimen utk membolehkan pilihan raya umum diadakan;pembubar 1. orang dll yg membubarkan; 2. (Eko) orang yg menyelenggarakan pembubaran sesuatu syarikat dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.bar] | بوبر

Definisi : 1 bercerai-cerai ke berbagai-bagai arah (ttg orang yg berkumpul dsb); berserak ke mana-mana: Selepas pertunjukan itu ditamatkan, penonton-penonton pun ~. 2 selesai (ttg mesyuarat, waktu sekolah dsb); tamat; habis: Dlm bulan puasa ini, sekolah-sekolah ~ lebih awal. 3 tamat (perjalanan sesebuah syarikat, pertubuhan dsb); dihentikan; dimansuhkan: Apabila badan itu ~, semua hartanya didermakan kpd rumah anak-anak yatim. membubarkan 1 menjadikan bubar; menyuruh bubar; mencerai-beraikan; menyuraikan: Pihak polis telah ~ orang-orang yg berpiket di hadapan pejabat pegawai daerah. 2 menghentikan atau menamatkan (sesuatu persidangan, mesyuarat dsb): Antara tugas baginda termasuklah memanggil dan ~ Parlimen. 3 menutup atau meniadakan (syarikat dsb); memansuhkan: Pihak kerajaan telah ~ semua parti politik yg berhaluan kiri. pembubaran perbuatan atau hal membubarkan. ~ Parlimen perihal membubarkan Parlimen utk membolehkan pilihan raya umum diadakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bubar