Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.ru/] | چروق

Definisi : 1. sudut (penjuru, pojok, pelosok) dlm bilik (rumah dll): duduk di ~ dapur; 2. lubang, liang, ruang (pd dinding, dlm tanah, dlm timbunan barang, dll), gua, celah, sela; ~ gunung lembah gunung; 3. lekuk (pd geladak kapal, jalan, dll); 4. teluk yg kecil; 5. penjuru atau sudut jalan, lorong (jalan kecil dll); di seluruh ~ rantau di merata tempat, di mana-­mana; ~-meruk bermacam-macam ceruk; menceruk 1. membuat ceruk dlm tanah; 2. masuk ke dlm (dekat) ceruk; ceruk-menceruk mencari ke semua ceruk; terceruk berada (duduk) di ceruk (penjuru); caruk II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.ru/] | چروق

Definisi : Kl sabit (penyabit); menceruk menyabit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.ru/] | چروق

Definisi : 1 sudut atau penjuru dlm bilik (rumah dll): duduk di ~ dapur. 2 lubang atau liang pd dinding (tanah, timbunan barang dsb); ruang di bawah sesuatu (balai-balai dsb). 3 lekuk di geladak perahu dll. 4 teluk kecil. 5 tempat-tempat yg terpencil: Ada antaranya yg ditukarkan ke ~ negeri dan ada pula yg dipenjarakan. terceruk berada (duduk) di ceruk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ceruk